Sabtu, 12 September 2009

Saya lapar.....

Hari ini hari saya lapar dan dahaga...Saya berasa letih kerana saya keluar pergi ke bandar...Semasa saya dalam perjalanan saya ternampak lori bomba...Semasa balik pula saya pergi ke telivisyen dan terus menontonnya...Ketika itu saya berasa dahaga...Tak mengapa saya boleh tahan...Kalau saya dah khatam quran papa saya nak beri kepada saya RM150 banyak tu...Mujurlah berbuka nanti makan KFC sedap...Oklah saya pergi dulu bye2...

Selasa, 8 September 2009

Sabtu, 5 September 2009

Haniff dan rakan2 ke Cameron Highland...

Pada cuti sekolah yang lalu,Haniff telah berpeluang bersama-sama rakan sekelasnya melawat Cameron Highland.Dia bersyukur kerana ibu bapanya telah memberi kebenaran dan kepercayaan kepadanya untuk menyertai lawatan tersebut..

Tujuan sebenar Haniff dan rakan-rakannya menyertai program lawatan ini adalah untuk melihat sendiri tentang kemajuan dan kepesatan pembangunan tempat di samping menimba pengalaman dan mencari ilmu pengatahuan..

Guru2 pengirin berasa gembira dengan sikap dan tingkah laku Haniff dan rakan-rakannya.Mereka sungguh berdisiplin dan sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetap sepanjang program lawatan berlansung..

Haniff dan rakan-rakannya kelihatan gembira dan terpegun apabila melihat ladang teh,taman strawberry dan sebagainya.Mereka begitu tertarik dengan keindahan dan kebersihan di Cameron Highland.Mereka berpendapat bahawa warga kota di sini sentiasa bertanggunjawab demi memastikan Cameron Highland sentiasa bersih dan cantik..

Jumaat, 4 September 2009

"Mimpi yang menyeramkan"

Hari telah larut malam.Aku benar-benar sukar hendak tidur.Badanku berpeluh-peluh.Beberapa minit kemudian aku terus ke ruang tamu lalu membuka tingkap agar angin dapat masuk ke dalam rumah.Apabila tingkap terbuka tiba-tiba aku memandang suatu cahaya yang berkilau-kilau yang berada di rumah jiranku.

Semasa aku melihatnya aku berasa macam cahaya itu semakin dekat dan aku berasa takut.Ketika itu aku terus menutup tingkap lalu lari masuk ke bilikku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tingkap terbuka luas dan aku berasa sejuk.Aku segera menelefon emak tetapi emak tidak mengankat telefonnya.

Ketika itu aku membuka pintu lalu keluar dari rumahku.Aku memberanikan diri.Aku terus pergi ke rumah jiranku.Aku mengetup pintu rumahnya "tuk tuk tuk..."tetapi tiada orang membuka pintu.

Tiba-tiba aku terdengar suatu suara yang menyeramkan seperti seorang perempuan sedang mendodoi anaknya.Aku memberanikan diri sekali lagi.Aku pergi melihatnya tetapi tiada siapa pun.

Aku menjerit sekuat hati aku.Tiba2 emakku menyimbah air ke mukaku.Rupanya aku bermimpi dan aku berkata"lega rasanya".Aku bersyukur kerana ia hanya mimpi...


'

Khamis, 27 Ogos 2009

Dekat Pasir Puteh, Kelantan

Memang best duk kat sini dapat makan nasi ngan budu....sebenarnya masa buka puasa tu sudah makan banyak tapi apabila ada budu terus lapar balik...dapat main game kat umah spupu, siap tidur kat situ lagi....Tapi nasib baiklah semua kerja sekolah dah siap....Yang tak sukanya, sekolah dah nak buka...Jangan Risau ade banyak lagi cuti...Cuti H1N1,cuti raya dan cuti november,disember

Tahun depan darjah 6...mesti banyak kerja sekolah...kena study lebih kuat ni supaya mencapai 5A.....Malas laa aku nak buat semua tu, akukan mail 2 singgit......Datang mana pula mail ni, sibuk betullah....Nak tak nak kena buat juga

Siri Dongeng : Pengembara Dengan Naga (episod 1)

Pada suatu pagi yang gelap, terdapat penduduk di sebuah kampung...Terdapat seorang Pengembara iaitu Adam berumur 25 tahun...meh3.....pengembara itu mempunyai atuk tetapi telah dibunuh semasa dia berumur 6 tahun dan dia telah dijaga oleh jirannya.

Pengembara itu berancang untuk pergi mencari siapa pembunuh atuknya......Pada keesokan paginya, dia keluar untuk mencari pembunuh atuknya dengan menggunakan kapal yang panjang 8 meter dan lebar 4 meter...Setelah malam menjelma, hujan ribut telah melanda....tiba-tiba pengembara ternampak spongebob dan patrick sedang bermain skiboard....meh3

Pada keesokan harinya, Pengembara terkejut kerana dia telah terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni...Dia membuat tinjauan di pulau itu...semasa membuat tinjauan, dia ternampak gua yang penuh misteri dan dia cuba memasukinya

bersambung......

cerita ini ade kene mengena sikit je dengan hidup ataupun yang telah mati