Jumaat, 4 September 2009

"Mimpi yang menyeramkan"

Hari telah larut malam.Aku benar-benar sukar hendak tidur.Badanku berpeluh-peluh.Beberapa minit kemudian aku terus ke ruang tamu lalu membuka tingkap agar angin dapat masuk ke dalam rumah.Apabila tingkap terbuka tiba-tiba aku memandang suatu cahaya yang berkilau-kilau yang berada di rumah jiranku.

Semasa aku melihatnya aku berasa macam cahaya itu semakin dekat dan aku berasa takut.Ketika itu aku terus menutup tingkap lalu lari masuk ke bilikku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tingkap terbuka luas dan aku berasa sejuk.Aku segera menelefon emak tetapi emak tidak mengankat telefonnya.

Ketika itu aku membuka pintu lalu keluar dari rumahku.Aku memberanikan diri.Aku terus pergi ke rumah jiranku.Aku mengetup pintu rumahnya "tuk tuk tuk..."tetapi tiada orang membuka pintu.

Tiba-tiba aku terdengar suatu suara yang menyeramkan seperti seorang perempuan sedang mendodoi anaknya.Aku memberanikan diri sekali lagi.Aku pergi melihatnya tetapi tiada siapa pun.

Aku menjerit sekuat hati aku.Tiba2 emakku menyimbah air ke mukaku.Rupanya aku bermimpi dan aku berkata"lega rasanya".Aku bersyukur kerana ia hanya mimpi...


'

1 ulasan: